Perniagaan Pada 2025 Beralih Daripada Eksperimen AI Kepada Kebergantungan AI

Sepanjang tahun 2025, satu pattern jadi semakin jelas dalam banyak syarikat yang tengah berkembang di Malaysia. AI dah tak dianggap benda baru atau eksperimen semata-mata. Ia mula dilihat sebagai asas operasi, sama macam internet atau cloud sebelum ini. Perbincangan awal tentang AI lebih fokus pada isu etika, ketepatan, dan sama ada team patut guna atau tidak. Tetapi, dari masa ke semasa, keraguan itu dah berkurang. Syarikat yang perform bukan yang guna paling banyak tools AI, tapi yang guna AI dengan lebih jelas dan berstruktur.

Daripada buat eksperimen kecil yang terpisah, syarikat yang lebih matang mula masukkan AI terus ke dalam workflow harian. Contoh dari Canva sendiri menunjukkan perubahan ini dengan jelas. Bila Canva hentikan operasi biasa selama seminggu untuk latih lebih 5,000 pekerja tentang penggunaan AI, objektifnya bukan nak nampak sibuk atau produktif. Ia tentang bina keupayaan sebenar. Pasukan belajar macam mana nak gabungkan kelajuan AI dengan pertimbangan manusia, yang akhirnya kurangkan kerja ulang dan tingkatkan kualiti output. Jurang kematangan AI inilah yang sekarang jadi pemisah utama antara market leader dan syarikat yang masih ketinggalan menuju 2026.

Brand Consistency Jadi Isu Pendapatan, Bukan Sekadar Design

Sebelum ini, brand consistency selalu dianggap isu design atau marketing sahaja. Tapi dalam 2025, ia mula memberi kesan terus kepada prestasi perniagaan. Cara lama, iaitu brand guideline dalam bentuk PDF yang statik dan perlu dikuatkuasakan secara manual, memang tak mampu ikut kelajuan kerja sekarang. Bila content makin banyak, ketidakkonsistenan mula berlaku. Dari dalam syarikat mungkin tak perasan, tapi pelanggan memang rasa.

Perubahan berlaku bila brand consistency dijadikan sebahagian daripada cara kerja harian. Dengan sistem seperti Canva Brand Systems, peraturan jenama hidup terus dalam tools yang pasukan guna setiap hari. Contoh rebrand DocuSign menunjukkan kesan sebenar. Pasukan kreatif yang kecil berjaya laksanakan rebrand sepenuhnya merentasi ribuan aset dalam masa beberapa bulan sahaja, sebab kawalan jenama dimasukkan terus dalam template dan workflow. Ini kurangkan kebergantungan pada pasukan kreatif dan bagi ruang kepada staf bukan design untuk hasilkan bahan on-brand dengan selamat. Hasilnya bukan setakat visual yang lebih kemas, tapi kerja lebih pantas dan tahap kepercayaan pelanggan yang lebih tinggi, yang akhirnya memberi kesan pada revenue.

Komunikasi Visual Menggantikan Teks Sebagai Bahasa Perniagaan

Dalam 2025, komunikasi visual bukan lagi hak eksklusif pasukan marketing atau design. Sales deck, laporan dalaman, cadangan strategi, malah perancangan operasi pun makin bergantung pada visual untuk sampaikan mesej dengan lebih jelas. Ramai pemimpin perniagaan perasan perkara sama, teks panjang melambatkan keputusan, manakala visual kurangkan kekeliruan.

Data yang dikongsi oleh Canva mengesahkan perubahan ini. Majoriti pemimpin perniagaan kata kandungan visual bantu percepatkan proses membuat keputusan. Pada masa sama, pekerja nak tools yang membolehkan mereka cipta visual berkualiti tanpa perlu kemahiran design profesional. Ini ubah jangkaan. Visual fluency sekarang jadi keperluan asas dalam bisnes, bukan kemahiran tambahan. Syarikat yang kurangkan penggunaan terlalu banyak tools dan satukan penciptaan visual nampak alignment yang lebih baik dan kurang delay, sesuatu yang sangat penting dalam pasaran Malaysia yang cepat bergerak. Menjelang 2026, komunikasi visual bukan lagi hak eksklusif pasukan marketing atau design. Sales deck, laporan dalaman, cadangan strategi, malah perancangan operasi pun makin bergantung pada visual untuk sampaikan mesej dengan lebih jelas. Ramai perniagaan perasan perkara sama, teks panjang melambatkan keputusan, manakala visual mengurangkan kekeliruan.

Kelajuan Hasilkan Content Jadi Kelebihan Strategik

Permintaan terhadap content dalam 2025 bukan sekadar meningkat, ia meletup. Lebih banyak platform, format, bahasa, dan pelbagai faktor buat syarikat sentiasa dikejar masa. Syarikat yang masih bergantung pada tools berasingan dan proses manual mula ketinggalan.

Syarikat yang kekal ke depan anggap kelajuan sebagai keupayaan strategik. Dengan gabungan brand, design, dan AI dalam satu platform, lebih ramai orang boleh menyumbang tanpa rosakkan konsistensi. Contohnya seperti eXp Realty, ejen boleh hasilkan bahan pemasaran tempatan dalam beberapa minit dan sesuaikan ke pelbagai bahasa dalam masa beberapa jam. Ini bukan sekadar menjimatkan masa, tapi terus meningkatkan speed-to-market, sesuatu yang sangat kritikal dalam industri yang kompetitif dan sensitif.

Menuju 2026, Kesempurnaan Diganti Dengan Keaslian

Menariknya, bila dalaman syarikat jadi lebih tersusun, trend kreatif pula bergerak ke arah bertentangan. Outlook design Canva untuk 2026 menunjukkan peralihan daripada visual yang terlalu polished dan dikawal algoritma kepada sesuatu yang lebih manusiawi. Tema “Imperfect by Design” mencerminkan keletihan audiens terhadap content yang nampak terlalu dibuat-buat.

Pencipta content semakin selesa guna AI sebagai rakan, bukan pengarah. AI bantu percepatkan kerja, tapi emosi dan gaya masih datang daripada manusia, rasa ingin tahu, ketidaksempurnaan, dan ekspresi peribadi. Trend seperti tekstur tactile, visual lo-fi, penceritaan sinematik, dan gaya scrapbook semua bawa mesej yang sama, audiens lebih respon pada keaslian berbanding kesempurnaan teknikal.

Ini bukan penolakan terhadap AI. Kebanyakan pencipta masih anggap AI sebagai keperluan. Bezanya adalah kawalan. Pada 2026, kelebihan kreatif dimiliki oleh mereka yang tahu bila perlu bergantung pada AI dan campur dengan human touch.

Apa yang bisnes perlu tahu

Laporan ini bawa satu mesej yang jelas. Era maklumat dah berakhir. Akses bukan lagi kelebihan. Kelebihan sebenar sekarang ialah keupayaan untuk tukar idea kepada hasil yang bermakna, konsisten, dan berunsur manusia dengan pantas. Menuju 2026, perniagaan perlu seimbangkan dua perkara serentak, sistem yang kukuh untuk kelajuan dan kestabilan, serta kebebasan kreatif yang beri ruang kepada keaslian dan ketidaksempurnaan.

Syarikat yang mampu pegang kedua-dua ini bukan sekadar ikut perubahan. Mereka akan jadi penanda aras bagaimana komunikasi, penjenamaan, dan pelaksanaan sepatutnya berfungsi untuk fasa seterusnya dalam dunia perniagaan.

Final thoughts

Bila dilihat secara menyeluruh, perubahan paling besar dari 2025 ke 2026 bukan tentang tools, trend, atau AI itu sendiri. Ia tentang selaraskan niat dengan pelaksanaan. Hari ini, perniagaan beroperasi dalam persekitaran di mana kelajuan dijangka, konsistensi dianggap biasa, dan kejelasan visual tak boleh dikompromi. AI buang banyak halangan lama, tapi pada masa sama ia naikkan standard. Bila semua orang boleh bergerak laju, kelebihan sebenar ada pada mereka yang tahu apa nak bina, kenapa ia penting, dan bila masa yang tepat.

Dalam masa yang sama, konsep “Imperfect by Design” tunjuk satu pembetulan yang sihat. Bila sistem makin automatik, audiens tertarik pada hasil kerja yang rasa manusia, berfikir, dan jujur. Jenama yang akan perform paling baik pada 2026 bukan yang paling cantik, tapi yang paling konsisten dan jelas. Mereka guna AI untuk jaga kesinambungan, beri kuasa pada pasukan, dan percepatkan pelaksanaan, sambil masih beri ruang untuk personaliti, konteks budaya, dan pertimbangan manusia.

Secara praktikal, masa depan milik organisasi yang anggap sistem jenama sebagai infrastruktur perniagaan, komunikasi visual sebagai kemahiran kepimpinan, dan AI sebagai rakan kerja, bukan jalan pintas. Mereka yang buat peralihan ini bukan sekadar menyesuaikan diri dengan perubahan, tapi sedang membentuk bagaimana kerja, jenama, dan kreativiti akan didefinisikan di Malaysia dan rantau ini untuk tahun-tahun akan datang.